Ahad, 9 Disember 2012


1 - Zikir Allah




الله - ياَ اَللهُ


Maknanya:

1) Allah suatu nama dari nama yang paling agung dan meliputi dari segi arti dan pengertian daripada 99 Asmaul Husna yang akan saya coretkan nanti.
2) Di sebut juga sebagai Ismu Zat. Nama zat Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya (zat yang mutlak).
3) Yang mengeluarkan akan sesuatu dari tiada kepada ada.
4) Asal dari kata alaha (أَلَهَ) beerti tercengang kerana keadaan Allah SWT itu mencengangkan akal fikiran dan fahaman manusia. Juga berpendapat dari asal kata aliha (أَلِهَ) beerti tetap kepadanya kerana sekalian hati manusia akan tetap mengingatiNya dan tenanglah jiwa kerana mengenaliNya. Setengah lagi berpendapat dari kata aluha (أَلُهَ) disebabkan mengejutkan dengan pengertian terkejutlah tuhan selainNya oleh kesanggupanNya, ada pula berkata lāha (لاَهَ) beerti terdinding dan terangkatlah, akhir sekali ada kata dari lāhā(لاَهاَ) dengan campuran bahasa Arab dan Suryani.
4) Sabda Nabi SAW:

أصدق بيت قالته العرب قول لبيد ألا كل شيء ما خلا الله باطل

Ertinya: Setepat-tepat pepatah arab ialah perkataan Labid iaitu: Awas! Setiap sesuatu selain Allah adalah palsu.

Khasiatnya:

1. Zikir Ya Allah (ياَ اَللهُ) dengan bilangan 5000X insya’ Allah datang kepadanya rezeki dari setiap penjuru.

2. Zikir 66X selepas solat fardhu selama 66 hari insya’ Allah namanya akan jadi sebutan di langit dan di bumi. Terlebih baik diamalkan terus-menerus.

3. Zikir 500X setiap malam terutama di tengah malam selepas solat Tahajjud insya’ Allah segala hajatnya akan dikabulkan.

4. Zikir 1000X (يا الله يا هُوْ) Ya Allah Ya Hu (dengan baris wau di matikan) insya’ Allah diberi akan kesempurnaan yakin.

5. Zikir dengan lafaz yang sama seperti di atas pada hari Jumaat, sebelum solat Jumaat, berwuduk, wiridkan sebanyak 100X insya’ Allah dimudahkan baginya segala yang dituntutnya.

اللهم إني أسألك بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْْزَلْتَهُ فِي كِتاَبِكَ أَوْ أَعْطَيْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي وَنُوْرَ بَصَرِي وَجَلاَءَ غَمِّي وَذِهاَبَ خُزْنِي وَهَمِّي وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلّم.

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu dengan menyebut nama Mu yang Engkau namakan diri Mu dengannya, atau Engkau turunkan nama itu dalam kitab suci Mu, atau anugerahkan ia kepada salah seorang dari hamba Mu, atau Engkau rahsiakan ia dalam ghaib Mu. Ya Allah, aku bermohon kiranya Engkau jadikan al-Quran penyejuk hatiku, cahaya mataku, penyingkap keresahanku dan pengusir kesedihan serta kesusahanku. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta ke atas kaum keluarga dan para sahabatnya.

Saya tidaklah bermaksud nak menulis secara detail maksud keseluruhan Asmaul Husna ini sekadar bacaan ringan saja. Akhirnya semoga dengan memahami makna Asmaul Husna ini kita lebih mentanzih zat Allah dan memperkuatkan kepahaman tauhid kita.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

0 ulasan:

iklan

alexa